BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 30 November 2013

University Life~

Assalamualaikum.
 Alhamdulilah kini ara dah bergelar seorang pelajar Universiti. Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Perak. actually ara satu sem je kat sini, next sem kena pindah ke kampus tapah. sedih kot sebab dah rapat dengan roommates kat sini, course perakaunan je kena pindah tapah. Roommates ara semua lain lain course. sorang budak BUILDING, sorang budak TOWN PLANNER, sorang budak ART DESIGN. Dalam bilik ni ara sorang je yang tak perlukan banyak peralatan untuk belajar. Diorang ni macam macam barang kena beli. dah macam seorang arkiter and pelukis yang berjaya je. Pembaris T besar gilaa macam pedang samurai dah ara tengok. masing masing ada peralatan yang diorang kena beli and ara pulak just pakai calculator untuk mengira. Barang diorang pun dah beratus kot. Ara punya course buku lah mahal. Buku principle of accounting mahal gilaa. seratus lebih sebuah. Berbeza sangat life kat Uni ni berbanding masa ara kat Matriks dulu, masa kat matriks tepat je pukul 8 semua kena keluar kosongkan blok sebab major students ada kelas pukul 8 so untuk elakkan ponteng, semua kena turun awal even ada yang start kelas pukul 9 atau 10. Bila kat Uni, ada yang tak ada kelas langsung sehari. Ara pulak hari isnin ara ada satu kelas je MGT start pukul 10 sampai 11.50. Hari selasa pun ara ada satu kelas je, rabu and khamis ara full sikit tapi still ada senggang dua or tiga jam.
 Sebenarnya tak ada lah jauh mana pun perak ni dengan Selangor cuma tiket bas dia mahal kot so ara jarang lah balik jawabnya. Macam this week, melepak dalam bilik tanpa buat apa apa so boring actually.
Oky ara nak introduce my roommates :)
 First of all, ni nama dia NurSarbiah dalam bilik dia paling tua so jelaslah dia paling matured.
 Dia cantikkan :) ramai sangat peminat ni kat sini. course : BUILDING :). Terengganu mari.


Next is SitiNur Edayu :) Course : TOWN PLANNING :) Ni pun Terengganu mari. Yang ni pun comel :)

Yang paling kecik. Nurul Nabilah :) Yang ni comel sangat, manja pulak tu. Course: ART DESIGN. Kedah mari :)

Okay, comelkan roommates ara ? ara sayang sangat diorang. Kitorang rapat dah macam adik beradik. tak boleh berpisah langsung antara satu sama lain. HAHA. tak tau lah kalau ara dah pindah kampus Tapah nanti macamana kitorang berpisah. Cuti 3 hari masing masing balik rumah pun dah rindu rindu dah ni pulak nak berpisah terus. Harap kami semua akan dapat capai cita cita dan impian masing masing. Doakan kejayaan kami semua okay readers ? :) Insha Allah kalau ara tak busy ara akan update lagi blog yang selalu berhabuk ni. Assalamualaikum and salam desember:)





0 comments: