BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 30 November 2013

University Life~

Assalamualaikum.
 Alhamdulilah kini ara dah bergelar seorang pelajar Universiti. Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Perak. actually ara satu sem je kat sini, next sem kena pindah ke kampus tapah. sedih kot sebab dah rapat dengan roommates kat sini, course perakaunan je kena pindah tapah. Roommates ara semua lain lain course. sorang budak BUILDING, sorang budak TOWN PLANNER, sorang budak ART DESIGN. Dalam bilik ni ara sorang je yang tak perlukan banyak peralatan untuk belajar. Diorang ni macam macam barang kena beli. dah macam seorang arkiter and pelukis yang berjaya je. Pembaris T besar gilaa macam pedang samurai dah ara tengok. masing masing ada peralatan yang diorang kena beli and ara pulak just pakai calculator untuk mengira. Barang diorang pun dah beratus kot. Ara punya course buku lah mahal. Buku principle of accounting mahal gilaa. seratus lebih sebuah. Berbeza sangat life kat Uni ni berbanding masa ara kat Matriks dulu, masa kat matriks tepat je pukul 8 semua kena keluar kosongkan blok sebab major students ada kelas pukul 8 so untuk elakkan ponteng, semua kena turun awal even ada yang start kelas pukul 9 atau 10. Bila kat Uni, ada yang tak ada kelas langsung sehari. Ara pulak hari isnin ara ada satu kelas je MGT start pukul 10 sampai 11.50. Hari selasa pun ara ada satu kelas je, rabu and khamis ara full sikit tapi still ada senggang dua or tiga jam.
 Sebenarnya tak ada lah jauh mana pun perak ni dengan Selangor cuma tiket bas dia mahal kot so ara jarang lah balik jawabnya. Macam this week, melepak dalam bilik tanpa buat apa apa so boring actually.
Oky ara nak introduce my roommates :)
 First of all, ni nama dia NurSarbiah dalam bilik dia paling tua so jelaslah dia paling matured.
 Dia cantikkan :) ramai sangat peminat ni kat sini. course : BUILDING :). Terengganu mari.


Next is SitiNur Edayu :) Course : TOWN PLANNING :) Ni pun Terengganu mari. Yang ni pun comel :)

Yang paling kecik. Nurul Nabilah :) Yang ni comel sangat, manja pulak tu. Course: ART DESIGN. Kedah mari :)

Okay, comelkan roommates ara ? ara sayang sangat diorang. Kitorang rapat dah macam adik beradik. tak boleh berpisah langsung antara satu sama lain. HAHA. tak tau lah kalau ara dah pindah kampus Tapah nanti macamana kitorang berpisah. Cuti 3 hari masing masing balik rumah pun dah rindu rindu dah ni pulak nak berpisah terus. Harap kami semua akan dapat capai cita cita dan impian masing masing. Doakan kejayaan kami semua okay readers ? :) Insha Allah kalau ara tak busy ara akan update lagi blog yang selalu berhabuk ni. Assalamualaikum and salam desember:)





Wednesday 6 November 2013

Tentang Kami

Assalamualaikum,

fuhhh fuhhh. Again ara tinggalkan blog ni tanpa update apa apa. perghhh. lama kot almost one year. haha. Selama berbulan bulan ni banyak benda yang berlaku. hmm. ara and baby boo dah tak ada apa apa. Kitorang dah break. Sebab apa tu ara rasa tak perlulah ara share kat public. Biarlah ara and orang orang yang terdekat je tau. Ara perlukan masa untuk lupakan semua tentang baby boo.And ara bertuah kerana ara punyai sahabat sahabat yang sentiasa sokong ara dari belakang. Mario yang sentiasa ada disisi ara bila ara betul betul sedih. Thanks mario, kamu memang seorang abang yang baik. Dari mula kita semua kerja KFC ara sentiasa anggap kamu macam abang ara sendiri. Ara sayang kamu mario. Lepas ni Mario akan fly ke Holland. Nampaknya ara akan kehilangan seorang lagi orang yang ara sayang. But Mario kita boleh contact lagi kan ? Bak kata Mario "skype kan ada" :) i will miss you so much.

Saturday 26 January 2013

Perli atau kutuk ?

assalamualaikum blogger and reader. :)
ishh sawang dah banyak kat blog ara ni. nampak tak dah lama tak update. HAHA

hari ni ara rasa sangat happy but mengantuk sikit laa mungkin sebab semalam dah pulun study and banyak yg dah faham apa yg tak faham selami ni, buat ara rasa puas hati laa. cuma masih risau kalau blank tiba tiba masa exam, harap tak macam tu lah ye.
Okay berbalik pada tajuk kat atas tu. Perli atau kutuk ? rasanya semua org faham dua perkataan ni. kann ? haha. actually bg ara perli atau kutuk tu perkara biasa sampaikan ara sendiri pun dah lali nak dengar. ara tulis entri kali ni berdasarkan apa yg ara dah rasa and lalui sendiri.. harap tak ada yg nak terasa or feeling lebih lebih. okay ?
Pada mulanya ara sendiri pun seorg manusia yg suka perli dan kutuk org, haha. sengal kann ? tapi bila fikir fikir balik rasa bodoh buat semua tu. haha. benda yg boleh setel tp kita jadikan benda tu lebih besar. Mungkin ara rasa bodoh sebab ara belajar dari pengalaman kot. Duduk matrik ni banyak benda yg ara dah belajar, nilai persahabatan, belajar jaga mulut, belajar bersabar and belajar jadi pendiamm. yg pendiam tu pelik sikit laa sebab ara jadi pendiam dgn org yg ara rasa dah kekok untuk bercakap or bertegur sapa. ara bukan jenis yg cepat benci org cuma ara jadi malas nak bertegur sapa dgn org yg tak kenal erti maaf secara ikhlas. maksud ara, bila berdepan, "ohh, saya maafkan, benda kecik je pun" tapi dalam hati simpan dendam and still tak maafkan so apa yg dia buat kat ara jadi tak ikhlas. ara malas nak face to face dah. cukup laa ara dah face to face and bagitau apa yg tak puas hati. Yang paling ara tak sukaa, kat facebook tulis status macam macam even tak mention nama tapi kita pun boleh faham and tau pasal diri kita so mesti lah terasa kann ? then bila tanya face to face kata tak ada pape. WTH lahh wehh. dah kata tak puas hati mehh la cakap depan depan. tak kan tak berani kot. i think kau beramai and aku sorang but i still have my brave to talk with all of you. my bestie cakap "berani kerana benar" ara berani sbb apa yg ara cakap tu betul and betul betul ikhlas dari hati ara, ara tak nak simpan dahh, ara dah malas nak simpan and jadikan benda tu dendam. sampai bila nak jadi org yg berfikiran tertutup. wake up laa babe, kita dah 19 tahun so open mind laa. Terima kelemahan org. Ara tak nafi yang mulut ara pun tak boleh nak tutup, selalu jugak nak kutuk org ni tapi lama lama ara cuba terima dia seadaanya. sebab kita ni hidup dengan org so kita kena belajar terima org tu walau macamna pun sikap diaa sbb kita nak dia terima sikap kita. kalau rasa tak nak terima sikap orang lain, pi lah duduk atas duniaa sendiri. Dulu ara seorg yg terlalu jaga perasaan and hati org, lama lama ara jadi penat, penat sgt sebab tak ada org nak hargai tu. pijak kepala lagi ada bila baik dgn org ni so sekarang ara dah tak kisah, ara malas nak ambik tau hal org and malas nak jaga hati org dah, sesiapa yg terasa tu ikut kamu laa, sabar pun ada batas right ? boleh gilaa ara kalau nak bersabar je dengan semuaa org. ara bukan malaikat nak jadi baik sebaiknya and ara jugak bukan syaitan nak buat jahat kat org sampai org tu mati hati. ara rasa hati ara yg dah mati, mati nak berkawan lagi. ara dah tak nak rasa kehilangan. cukup la apa yg ara rasa sekarang. walau apepun ara masih ada yg still sayang and jaga hati ara kat sini, sat lagi ara mention :)) kawan yang betul betul ara rasa kawan and kawan kawan yg berfikiran terbuka, most of them org selangor. ya ! org selangor memg berfikiran terbukaa ! ara sayang sangat diorang and ara harap diorg bukan jenis yg pijak kepala bila kita dah buat baiik. ara tau ramai yg tak suka perangai ara tapi awatif kata mereka tak suka ara sebab mereka tak kenal siapa ara yg sebenarnyaa, ara tak nak cakap besar tapi semua org ada kelemahan dan kekurangan and semuaa org pun ada masalahh.

Ara pun ada jugak tau post status kat facebook, perli org laa kan tapi ara dah delete dah sebab ara rasa macam budak budak je buat macam tu. haha. tak puas hati face to face sudahh :) mungkin ara bukan seorg yg berani sangat cuma ara tak suka nak lengahkan benda kecik sebab nanti merebak jadi hal besar. semuanya berpunca dari MULUT. mulai dari sekarang, ara akan cuba kawal PANAS BARAN ara and ara cuba untuk kawal MULUT ara dari buat org terasa dahhh. ara cuba :)) even ara cakap ara dah malas nak jaga hati org tapi semuaa ni permainan hati, mustahil hati manusia ni tak ada belas ehsan and tak ada perasaan nak jaga hati org tu. ara bukannnya hati batu. so insyaallah ara cuba yg terbaik.
dengan ini saya MISS ARA nak memohon maaf dengan apa yg selama ni ara buat ada sakitkan hati org or terguriskan perasaan org dengan sengaja atau tak sengaja. ara mintak maaf sangat sangat. pertama kali ara tulis entri mengalir kan air mataa. ara dah penat dengan semuaa ni and ara tak nak kehilangan lagi. maafkan ara.

mereka yang sentiasa buat saya tersenyumm--> LAILA, SYUD, SYAZA, SYIDA, AWATIF, FATIHAH, UMMI, ELIANI, NAD, FARAH AMIRA, FARAH MIRA,DILA, AISYAH, AQWA, YUYUL, EIYA, AINUR, HAZIRAH.maaf kalau ada yg ara tak mention. nanti bagitau and ara mention k. :)

and totally credit to my LOVELY MOTHER RAZIAH, MY SISTER AMIRA and MY BABY SHAHRUL AZUAN yg sentisa bagi semangat dan nasihat tanpa rasa jemu. THANKS. <3 <3

Monday 7 January 2013

awesome !

assalamualaikum.

enjoy babe ! CLASSMATES











SEMESTER 2

Assalamualaikum.

hai reader ! sorry ara dah lama gila tak update blog, like 2 or 3 monhts jugak laa. haha. busy and dah terlupa kot yg ara ni ada blog. uishh uishh, jangan marah naa.

Semester 2 ? dah 2 bulan jugak lah ara dah sambung ke sem 2, buat masa ni masih okay. maths pun lagi okay dari sem 1. obviously :) Bby boo pun dah balik kot. haha. tapi since hari tu tak ada lagi jumpa bby boo, ye lah, masa ara balik cuti dia kat kem  lagi, so sem break laa baru dapat jumpa. sebulan lagi, lama takk ? hehe. okay tak ada lah lama sangat. btw, ara tak sabar sangat nak balik rumah sebab mak yg datang ambik. wahhh ! seronoknyaa ! rasa bahagia kejapp. :* #bajet macam dia sorang ada mak. hahaha

"bila bermulanya sem baru semuanya jadi baru."
ye ke ? ntah laa, ara tak pasti yg tu tapi sem 2 ni ara rasa lagi seronok dari sem 1. hmm, maybe sebab aktiviti dia padat kot, even penat tapi seronok sangat. KAGEM ! DINAMIKA ! Full of memory. will miss all of it ! seriously !

KAGEM.
~ara join futsal. seronok sangat ! semuanya sporting and kitorang jadi rapat sampai sekarang.
 FUTSAL TEAM.


dari belakang : shakira(keeper), mirah, irah, ciktin, laila
bawah : ara, syud, adek, wanie, tyaa

that one yg lelaki tetiba ada kat tengah tu lah coach kami ! ARIL ! love aril. haha  <3


DINAMIKA-FOXTROT~
~masa dinamika ara join tarian tradisi. not bad. cuma kurang kenal lah sebab ramai. ada 40 ahli. ara dilantik sebagai seorang penolong kumpulan tarian ni. and kumpulan induk kami dipanggil FOXTROT !
ara suka sangat group FOXTROT ! Puan Norlida baik sangat, kitorang semua dia anggap mcm anak dia. love Puan Norlida forever ! kami dapat juara kesuluruhan. Go FOXTROT ! proud to be FOXTROT !
kena marah jugak laa sebab ara tak suka make up and dipaksa make up. sangat tak best !



tu je kot yg boleh share. gambar gambar lain annti ada masa ara share k. after this nak share gambar classmates and rooomates, tak lupa jugak pada besties ara SYUD, LAILA, TIQAH and ZETTY.





Friday 9 November 2012

free entry

assalamualaikum :)

pada mulanya ara nak cakap SELAMAT PULANG SEMUA WARGA KOLEJ MATRIKULASI di MALAYSIA TERUTAMA KOLEJ MATRIKUSAI PERLIS :)) happy lettew dapat balik.
haha. ara ada dua feeling, ada happy, ada tak happy.
HAPPY sebab dah dapat keluar dari matrik, jumpa mak abah along, jumpa kawan lama lama, dapat tenangkan fikiran kat rumah cuti ni tanpa fikirkan pelajaran :)
TAK HAPPY sebab baby boo still kat kem and berkemungkinan balik pada 29 november ni,yang sedihnya ara dah masuk untuk semester baru pun 25 november tu.
its okay baby boo kata tu ujian so kena terima :) terima dengan hati yang terbuka.
uhhh. semester baru, bagaimanalah keadaan kami semua nanti, jadual kelas dah keluar pon.

okay cerita ara bukan kat situ sebenarnya. actually esok semua matriks, pusat asasi and form 6 akan jawab MUET so ara tak tau nak study apa, serious ! so ara pun bukak lappy and online aje lah. syok je online, tetiba nnampak status seorang budak ni, dia bestfriend ara masa sekolah dulu, haha, jantina LELAKI. okay, bestfriend je okay, dia baik, hensem pon boleh laa. ara satu kelas dengan dia since form 1 and since form 1 lah kitorang rapat. kitorang rapat sebab kitorang selalu study sama sama and kitorang selalu bertukar pendapat, ara tak faham, ara tanya dia, if dia tak faham, dia tanya ara. setiap kali exam, kitorang akan compete markah siapa paling tinggi. benda ni berterusan sampai form 3. tapi ara tau masa form 3 tu silap ara sendiri sampai semua subjek drop, markah yang tinggi jatuh kebawah. actually ara stress masa form 3, hmm. biarlah cerita silam tu terkubur kat situ, ara dah tak nak ingat, sebab ara dah promise pada diri ara nak jadi yg terbaik and buka buku baru. alhamdulilah, sekarang ara dah tak jumpa kawan kawan yg menjatuhkan ara macam dulu. kawan sekarang lebih sayang and menjaga ara :)) thanks friends, love all of you. okay, terlebih sudah, berbalik pada bestfriend ara tadi, lepas form 3, ara pindah sekolah,  so ingat kan dia dah tak ingat ara  tapi dia still contact ara kat facebook. :) tapi dia pun dah tak sekolah kat sana, dia dpat tawaran ke MAKTAB TENTERA DIRAJA, ara tau pun sebab mak dia yg selalu sembang dengan ara kat IM. masa dia kat  MTD, kitorng selalu lagi contact even dah habis SPM pun tapi lepas je SPM, menyepi terus. ara menyepi, dia pun menyepi. rupa rupanya sekarang dia belajar kat iNTEC, alhamdulilah. punyai masa depan nak pergi luar negara. ara pun punyai impian nak study luar negara, kitorg penah simpan impian tu sama sama dulu tapi tu semua dulu laa. masa form 2, dia merajuk dengan ara sebab ara dapat nombor kedudukan dalam kelas tinggi dari dia and dia tekad nak kalahkan ara. and dia berjaya ! congrats babe !   ara tau kat mana silap ara, kadang kadang ara fikir, masih ke ada kesempatan ara nak tebus semua nya tu ? kalau lah dulu ara dengar cakap mak, mesti semua ni tak jadi. tapi ada hikmah lah semua ni jadi :) ara dapat kenal dengan bby boo. kalau ara tak sekolah sini mesti ara tak terfikir pun nak kerja kat KFC tu. haha. think positive. ara nak tebus semuanya, ara nak capai impian ara ! ara nak jadi yang terbaik and ara akan cuba untuk semester 2 ni, wish me luck guys. bye semua. :))

Friday 2 November 2012

Library day

Assalamualaikum..

Hari ni ara pergi library dengan roommates, tapi banyak main main dari study. Haha. See all my photos. Enjoy

smile ARA


pujuk haida laa.