BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 15 October 2012

this is life --'

assalamualaikum

hari ni ara nak cerita pasal gossip hot kat KMPelis sekarang. Pasal 2,3 student kena buang. actually ara sendiri speechless bila dengar macam macam pasal diorang ni. Bukan apa korang sendiri tau macamna keadaan matrikulasi ni, peraturan ketat, jadual padat then korang boleh langgar semua tu. Bila dah jadi kes besar mulalah salahkan lecturer, pihak Hal Ehwal Pelajar, padahal korang sendiri yang buat masalah tu. Kalau korang nak sangat couple, couple lah tapi jangan lah sampai buat benda bukan bukan, kalau dah tak tahan sangat, pi buat kat luar TAPI kalau nak buat kat luar tu buat lah time cuti, jangan lah buat time lecture berjalan memang lah satu kolej kecoh pasal korang --' "pelajar hilang" ohh damn, seriously memalukan pihak matrikulasi and diri korang sendiri. ye lah korang angkat beg dari bilik sebab kena buang satu blok tengok, then cerita korang tersebar dengan cepat bagai kan tsunami melanda kat KMPerlis ni. ara faham situasi couple kalau tak jumpa mesti lah rindu tapi jagalah batas sebab undang undang matrikulasi dah jelas pasal date and couple ni kan. so jumpa je kat luar time cuti ke, minggu balik ke. ara sendiri ada boyfie, ye lah boyfie ara orang luar, bukan student sini tapi ara still boleh hidup even tk jumpa sebulan dua. :) tak jumpa tak bermaksud kasih sayang tu hilang, buat makin sayang adalah. trust me ! then another story pasal kena tangkap basah dalam toilet, ni lagi lah memalukan --' baru je pengarah cerita pasal ni masa perjumpaan hari tu tapi still ada lagi yang degil nak buat. kes ni pernah berlaku sesi lepas tapi korang nak jugak repeat benda yang sama, tak pasal pasal, dua dua kena buang. haishh ! sia sia tau tak belajar dah nak habis satu sem dah pon. lastly, kes paling hot  "homoseksual". kakak-kakak sekalian, cikgu tak bagi kamu couple dengan lelaki kamu boleh pulak lepas nafsu kat kaum sejenis. malu lah kawan, kita sama sama kaun hawa so ara sendiri pun rasa malu bila pengarah sebut benda ni dalam perjumpaan tu, malu dengan semua lelaki dalam KMP. haishh, ye lah ni je yang boleh ara cakap, ara tak ada dalam situasi ni so ara tak nak lah cerita yang bukan bukan cuma niat nak tegur, kita sama samalah jaga nama baik diri, family and Kolej Matrikulasi Perlis. ara tak lah baik pun tapi sekurang kurangnya sebelum buat tu fikir betul betul risikonye nanti. penat abah n mak hantar kat perlis, jangan lah buat mak n abah datang semula dengan perasaan malu, sambil tulis ni ara pun remind pada diri ara sendiri supaya tak ulang kesilapan yang kawan kawan ara dah buat, ye lah, kadang kadang kita tak sedar kita buat kesilapan tu tapi kita boleh belajar dari kesilapan bukan ? so sampa sini cerita ara, ara harap ara tak ulang kesilapan yang mereka buat, jadikan semua ni sebagai pengajaran. bye peeps !

Friday 12 October 2012

larian KAKOM




Assalamualaikum,

hai semua ! ara penat sangat hari ni tapi tetap nak update :) hari ni ada larian KAKOM kat kolej matrikulasi Perlis ni, ohh sangat lah penat sebab semalam ara ada pertandingan kawad kaki and hari ni larian KAKOM pulak

KAWAD KAKI.
Pertandingan kawad kaki kuliah ara dapat number 3 je, kami memang tak mengharapkan yg lebih pun. alhamdulilah lah tu. :)
Kuliah A4
                               
our TEAM !
                         
having PHD after marching.
with my lovely ROOMMATE
                                       
larian KAKOM
 Larian atau merentas desa kat sini berbeza dengan sekolah, biasanya sekolah top 15 tuh dah kira hebat gila lah tu tapi kat sini top 300 tu masih dikira hebat lagi. sebabnyaa kat sekolah kita dibahagikan kategori mengikut tingkatan,and total untuk satu tingkatan pun dalam 100 orang, sebab tu lah top 15 je dberi hadiah. alhamdulilah ara dapat number 80 daripada 1500 orang yang ambil bahagian, larian KAKOM hari ni. actually ara pun terkejut sebab ara ingat ara dah yg ke 200 lebih tapi rupanya belum pun sampai 100 orang yg dah sampai. masih hebat rupanya kaki ara ni kan. haha. tapi semput jugak lah nak sampai ke penamat.Ramai yang terkejut bila tau tapi biarlah diorang nak percaya ke tak, janji ara puas hati and gembira. ye takk ?
   
with my hasmimie :)
         
with my blog LEADER  !

                                       


Thursday 11 October 2012

BUSY WEEK

assalamualaikum :)

 okay entry kali ni pendek je sebab ara dah ngantok sangatt. well ! credit to us kelab kawad kaki Kuliah A4 sebab berjaya kawad sampai 4 jam. ohh sangat penat ! training gilaa b**i lahh hari ni sebab esok pertandingan kawad kaki kolej. kami memang mahu menang tapi bila tengok kuliah lain training, semua hebat hebat. saingan sengit sangat ! wish us luck okay ;) harap menang walaupun macam kurang yakin lahh. haha. aipp, kata kata satu doa. menang ! menang ! menang !

Habis je kawad kaki esok, ara nak terus tidur, kalau boleh nak bangun tika nak solat je, nak rest lebih lah, sabtu pagi ada larian KAKOM. what is that ? larian KAKOM? okay, tu roadrun tu, Haa ! yang tu lah. hahaha. ohh minggu ni busy gila.. tak ada rest langsung. harap ahad ni dapt rest dgn tenang bersama baby boo. ohh ahad, kau makin dekat :*

Tuesday 9 October 2012

CURANG !

assalamualaikum.

 besar tak tajuk entri hari ni ? ara tengah marah ni. marah sesangat ! ara paling pantang dengar perkataan curang ni terutama kalau kena kat kawan kawan ara, kalau kena kat ara lagilah ara marah tapi alhamdulilah, baby boo masih setia dgn ara. okay ! sekarang ara tak nak cakap pasal diri ara, ara nak cerita pasal sahabat baik ara. ya allah, sedihnyee. :(

Seriously ara dah agak yang mrM ni akan curang satu hari nanti, and dia betul betul curang. ara marah sebab dia tipu kawan ara, kalau dia dah ada perempuan lain, dia tak perlu nak tipu, just cakap, maybe tu akan buat kawan ara sakit tapi sekurang kurangnya dia tak tertipu, ni dia tau dari orang lain and ada bukti pulak yang mrM ni curang. haishh, memang tak sakit hati lah kawan tu. geramnye ara ! sabar je lah. kalau mrM ni ada depan ara sekarang, ara sepak je muka dia ! suka suka je nak mainkan perasaan perempuan. tapi sumpahlah    dulu diorang sweet sangat, betul betul macam pasangan yg ara yakin boleh sampai ke jinjang pelamin tapi sampai satu tahap, ara dapat agak yg si mrM ni da berubah tahap maksima and ara yakin one day dia akn buat perangai, sungguh pulak dia buat perangai. hmm. cukup lah ara buat dosa kering memalam ni. ara harap kawan ara boleh lupakan dia terus, dia tak layak untuk kawan ara.

to NURUL FADHILAH MUTALIB. you still have me :))
 to BABY BOO. awak jgn curangg curang k. nanti kite sedih.

Saturday 6 October 2012

baby boo

i miss you baby boo. :'(
rindu sangat. ahad datang lagi. wahhhhhh, hari ni gayut lagi tapi ceramah baby boo hari ni panjang sikit.
banyak sangat yang di nasihat ara :) suka baby boo yang sekarang ! seriously sukaa. nampaknya dia dah fikir  
jauh, sebab mama dah banyak nasihat dia pasal perkahwinan. HAHA. 'oishh ara, jangan berangan, kau tu baru 18 tahun, jauh lagi perjalanan yang kau nak tempuh'.



HAPPY BIRTHDAY TO MAMA. MAMA BABY BOO laa

mama sabariah

cantik kan mama ? my mama raziah also cantik like her laa. i love both of them but i love my mama raziah more. haha. mama RAZIAH dan mama SABARIAH, satu hari nanti dua dua mama ni akan jadi besan :)) 

karnival kerjaya

assalamualaikum :)

minggu ni minggu kerjaya kat Kolej Matrikulasi Perlis ni, dari jumaat petang sampai lah ahad tengah hari karnival ni berlangsung. nampak macam suram je karnival ni, maybe sebab semua pelajar dah tau yang universiti mana bagus, universiti mana yang jadi aim diorang after ni so karnival ni macam tak de sambutan sangat tapi diorang tak faham kenapa pengarah and pensyarah berusaha keras buat semua ni. ara tak ada lah tau mana pun tapi ara pusing jugak dewan tu, haha. seronok tauu :)
ENJOY MY PHOTOS :)

with my lovely ATIQAH :)

okay candid for me

UMK ? jauh tu iffah.

graduate sudah. *jgn jeles

1 MALAYSIA :)



Monday 1 October 2012

ROOMMATES episod 2



Assalamualaikum :)
 okay roommates episod 2. sambungan yang sebelum ni. :)
Semuanya SELANGOR mari.

 Emilia Md Suman
Nama dia emilia. Ni budak paling manja and paling suka memekak dalam bilik. that's why kitorang panggil dia radio rosak. Tapi benda tu lah yang kitorang akan rindu dia nanti bila dah berjauhan.  Dilahirkan pada 14 OGOS 1994. Sekolah terakhir SMK SELAYANG BARU. Menetap pulak kat Selayang. Rumah dia depan sekolah so nanti jom lah kita reramai pergi ceroboh. Dialah yang selalu kejut ara subuh <3
EMMY


Natasya Norisyam
Ni  Natasya, nama timangan Acha cha cha. HAHA. Acha je lah. Dia ni bagaikan kakak kepada kitorang semua sebab dia paling tua and suka jaga kitorang, dah macam seorang kakak betul.  Dilahirkan  pada  8 FEBRUARI 1994. Sekolah Terakhir SMK JALAN BUKIT,KAJANG. Dia tinggal kat KAJANG ,Selangor.
ACHA

Syakira Kamarudin
This is me :) Ara ra ra. ni panggilan kalau si radio rosak panggil. comel je kan ? perasaan.  Ara pun diketegorikan  manja jugak dalam bilik. Manja dengan semua roommates. Ara dilahirkan pada 26 OGOS 1994. Sekolah terakhir SMK SULTAN ABDUL SAMAD,PETALING JAYA. Ara stay kat SUBANG, SHAH ALAM.
ARA
                                                
candid photo :)
                     

ROOMMATES episod 1

Assalamualaikum..
Tajuk seram tak ? sesiapa yang pernah tengok movie tajuk ROOMMATE, dia tau lah seram ke tak cerita disebalik tajuk tu. ;)
 Okay ara nak kenalkan semua roommates ara..




Aizan Zamri (LEADER)
Okay, ni ketua bilik ara, comel kan ? dalam bilik, dia yang paling pandai. Dia datang dari TERENGGANU.
dilahirkan pada 28 APRIL 1994. Sekolah terakhir SMK KERTEH. Tinggal pun kat KERTEH. :)
 AIZAN..





Iffah Hidzir

Ni pulak Iffah Hazirah. Merangkap kawan baik ara. comel jugak :) Dia pun diterbangkan dari TERENGGANU.
Dilahirkan 8 DESEMBER 1994. Tinggalkan kat KERTEH jugak, sama tempat dengan aizan tapi lain taman perumahan. HAHA. Tak pernah kenal pun sebelum ni, bila duduk sebilik baru tau rumah dekat. Sekolah terakhir SMK BADRUL ALAMSHAH.
IFFAH..

Hamizah Ariff
 Ni pulak Nur Hamizah. Nama manja MEMEY. haha :) Yang ni pun TERENGGANU mari. haha. semua terengganu ni, biar betul ? Dilahirkan pada 27 OKTOBER 1994. Tinggal kat Quaters Airport KUALA TERANGGANU.
Sekolah terakhir SMK IBRAHIM FIKRI.
MEMEY :)


Selesai 3 orang teman sebilik. Semuanya dari Terengganu. Yang selebihnya lagi 3 orang termasuk ara, kami semua dari Selangor. Fair tak ? 3 nisbah 3. 3 Terengganu : 3 Selangor. :) okay lah tu baru adil and sweet.

Berjalan semasa diperantauan


Assalamualaikum.
Pintu Masuk Kem PLKN SINARAN SURIA,SUNGKAI.

Errr, apa ara merepek ni ? gambar tk kena langsung dengan tajuk. minta maaf. Ara rindu kat bby boo. :'(

Okay, tutup cerita pasal bby boo. lupakan dia sementara nanti ara asyik sedih je. okay, a few weeks ago,  ara dengan kawan kawan pergi bercuti ke Pulau Pinang. hmm, agak melampau lah sebb ara tak pernah pergi bercuti tanpa family tapi bila lagi nak pergi, dapat belajar jauh jauh ni apa salahnya gunakan peluang tu untuk pergi bercuti. mana tau nanti sambung degree ara dapat sambung belajar kat selangor jugak kan. hmm, mana pun tak dapat berjalan.
walau banyak dugaan tapi bagi ara percutian tu okay lah. tak berapa best sebab bby boo tak ada and banyak kejadian yang buat ara sakit hati. kejadian apa tu dirahsia kan.

So have fun with my photos.
                                                
                                                  Pantai Teluk Bahang

 Penang Hill. :)


Meriam. Boommm !

Klon yg kat Jalan Imbi tu. 

Korean tourist

Mereka bagi kami penghargaan tau

Kenangan terindah


                                                                     THE END..